KUANTAN: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menghantar wakil khasnya untuk bertemu Perdana Menteri India Narendra Modi bagi menyampaikan sendiri pandangan Malaysia tentang isu menghina Nabi Muhammad SAW kepada kerajaan negara itu.
Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata langkah tersebut diambil selain tindakan kementeriannya yang telah memanggil Pesuruhjaya India di Kuala Lumpur ke Wisma Putra bagi menyampaikan nota protes berkaitan hal itu pada 7 Jun lepas.
"Setakat ini difahamkan utusan khas berkenaan belum dapat lagi mengadakan pertemuan secara rasmi dengan Perdana Menteri India. Perdana Menteri mengambil tindakan itu supaya pandangan kita dapat disampaikan sendiri ke pihak tertinggi kerajaan India," katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Twenty's Talk Hi-Tea di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota itu berkata tindakan diambil oleh kerajaan India terhadap isu berkenaan bagaimanapun dilihat cepat apabila dua ahli politik Parti Bharatiya Janata (BJP) yang menghina Nabi Muhammad SAW sudah dilucutkan jawatan dalam kerajaan.
"Saya telah hadir pada Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN-India pada 16 Jun lepas dan keesokannya saya hadir mesyuarat dua hala dengan Menteri Luar India Dr Subrahmanyam Jaishankardi dan saya sempat sampaikan pandangan kerajaan Malaysia tentang isu ini.
"Beliau (Dr Subrahmanyam) mengatakan penghinaan dilakukan tidak melambangkan pendirian India dan kami bersetuju kedua-dua belah pihak perlu mencari jalan agar dapat diselesaikan dengan cara lebih baik jika berulang pada masa hadapan," katanya.
Baru-baru ini, dua jurucakap BJP yang mentadbir India telah mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda Saidatina Aisyah RA.
Perkara itu telah membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia, terutama di Asia Barat yang mengutuk tindakan itu sehingga terdapat pusat beli-belah yang memunggah keluar produk India daripada rak jualan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 19 2022
Saifuddin berkata kementeriannya juga telah memanggil Pesuruhjaya India di Kuala Lumpur ke Wisma Putra bagi menyampaikan nota protes berkaitan hal itu pada 7 Jun lepas. - Gambar fail
Pada usia 81 tahun, kekayaan Paul McCartney bernilai RM6 bilion
Kekayaan McCartney dan isterinya Nancy bernilai 1 bilion pound (RM5.95 bilion) iaitu meningkat daripada 950 juta pound (RM5.7 bilion) pada 2023.
Guru dituntut kelola sesi pengajaran ikut suasana pembelajaran masa kini
Guru dituntut untuk mengelola sesi pengajaran mengikut kesesuaian pelajar dalam suasana pembelajaran kini yang mementingkan kepantasan dan ketepatan.
HMA 2024: Kisah banduan pertama di Malaysia jadi tarikan reruai Muzium Penjara
Sejarah kewujudan penjara moden dan kisah dua banduan pertama di Malaysia antara tarikan di reruai Muzium Penjara Malaysia sempena Festival Hari Muzium Antarabangsa (HMA) 2024.
Thailand akan bekerjasama dengan Malaysia perkenalkan projek "ASEAN Drive Tourism"
Kerajaan Thailand akan bekerjasama dengan Malaysia untuk merangsang sektor pelancongan kedua-dua negara dengan memperkenalkan "Projek ASEAN Drive Tourism."
Konstabel Muhamad Syafiq kebanggaan keluarga - Abang
Abdul Salam berkata, adiknya memang bercita-cita untuk menjadi anggota polis dan mereka sekeluarga memberikan sokongan terhadap perkara itu.
Scheffler sifatkan penahanannya "huru-hara" dan "salah faham"
Ini kenyataan pemain golf nombor satu dunia susulan penahanannya pada pagi Jumaat di luar kawasan Kejuaraan PGA di Valhalla.
Langgar kawalan lalu lintas, pemain golf nombor satu dunia ditahan polis
Scheffler ditahan oleh seorang pegawai polis apabila dia tidak mengendahkan arahan untuk berhenti kerana terdapat kemalangan.
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan disokong perbelanjaan pengguna, kitaran teknologi dan pelancongan
Optimisme melonjak selepas Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang memuaskan pada 4.2 peratus pada suku pertama 2024 (S1 2024).
Ulang tahun ke-50 Malaysia-China: Hubungan diplomatik dua negara kekal utuh
Hubungan Malaysia dan China kukuh kerana kedua-dua negara itu sama-sama diiktiraf sebagai negara berdaulat mengikut undang-undang antarabangsa.
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan jadi habitat ikan pemangsa - DOF
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan menjadi habitat ikan pemangsa (invasif) dan juga dikenali sebagai "alien spesies" (spesies asing).
Isu hina Nabi Muhammad: Perlu bertindak ikut kerangka Islam - Ismail Sabri
Umat Islam perlu bertindak balas mengikut kerangka tuntutan agama terhadap isu penghinaan Nabi Muhammad yang berlaku di India baru baru ini.
Kecoh selepas polis India tahan pengasas bersama Alt News
Wartawan dan organisasi media membidas tindakan anggota polis Delhi yang menahan wartawan Mohammed Zubair, selaku pengasas bersama laman sesawang semak fakta Alt News, pada Isnin susulan hantaran lama
Polis tahan empat lelaki asing kes video tular sokong hina Nabi Muhammad
PDRM turut merampas peranti dipercayai digunakan untuk merakam dan memuat naik hantaran yang ditularkan itu.
Isu hina Nabi: Pas cadang hukuman lebih keras
Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pada masa yang sama, kerajaan juga perlu bertindak cepat ke atas sesiapa yang menghina sensitiviti agama.